KUALA LUMPUR – Industri hiburan tanah air gempar apabila pelawak dan penyampai radio popular, Jep Sepahtu, memuat naik kenyataan balas yang sangat tegas dan berani menerusi akaun Instagram dan Facebook miliknya.
Tidak lagi berdiam diri, Jep atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz dilihat meluahkan rasa muak dan kesal terhadap tindakan seorang individu yang didakwa terus-menerus menggunakan isu lama serta memperalatkan nama ‘persahabatan’ demi kandungan (content) dan pemasaran podcast.
Dedah ‘Proof’ Mesej WhatsApp Tak Dibalas
Menerusi hantaran berkenaan, Jep turut menyertakan tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama rakan lamanya, Shuib. Foto tersebut memaparkan Jep ada menghantar ucapan Selamat Hari Raya dan permohonan maaf pada Mac 2026, namun mesej berkenaan tidak dibalas.

“Aku tak kisah pun kau tak reply wassap aku tapi janganlah depan public kau wayang kononnya kau lah yang terpaling mulia dalam bersahabat… Sudah-sudahlah main sentimen persahabatan untuk kau punya marketing,” tulis Jep kesal.
Tepis Isu Bayaran, Cabar Sebut Nama Untuk Tindakan LOD
Menjawab isu bayaran (payment) yang dibangkitkan dalam satu rakaman podcast, Jep menjelaskan bahawa sejak awal lagi urusan bayaran adalah secara individu dan bukannya secara kumpulan. Beliau turut mencabar individu berkenaan agar bersikap ‘gentle’ dan tidak berkias-kias di podcast.

“Kalau betul memang ada cerita pasal payment tu, gentle sebut la nama, senang sikit aku nak hantar LOD. Jangan berkias-kias kat podcast dan try hard buat orang bersangka buruk untuk benci aku,” katanya.
Bongkar Isu EPF Tak Bayar & Perniagaan ‘Jual Air’
Tindakan Jep yang paling mencuri perhatian netizen adalah apabila beliau mula membongkar isu dalaman yang agak sensitif. Jep menyindir perniagaan individu tersebut dan meminta pihak sana menyelesaikan tanggungjawab terhadap pekerja berbanding melemparkan fitnah.
“Daripada kau duk buat fitnah tak sudah, lebih baik kau settle EPF orang yang kau dah potong tapi TAK BAYAR. Aku ingat jual air sale 150 juta dah boleh hidup tenang dah,” sindir Jep tajam.
“Jangan Ganggu Aku Yang Sibuk Besarkan Anak”
Mengakhiri hantarannya, Jep meminta agar pihak berkenaan berhenti memburukkan orang lain semata-mata untuk menutup kekurangan diri sendiri dan berhenti mengganggu ketenteraman hidupnya.
“Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku. Kalau hidup kau tak tenang itu kau punya pasal. Jangan ganggu hidup orang lain,” tegas Jep lagi.
Perkongsian panas itu telah meraih puluhan ribu tanda suka (likes) dan ribuan komen dalam masa singkat, di mana rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan terbuka itu serta berharap Kemelut antara mereka dapat diselesaikan secara matured.

