Ngeri Sembilan, 6 September 2026 – Saya mengambil maklum kenyataan media YTM Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026.
Apa jua pandangan YTM Undang Yang Empat adalah hak mereka. Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri.
Saya bersama Kerajaan Negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
YAB DATO’ HAJI ISMAIL BIN LASIM
Menteri Besar Negeri Sembilan

